blog

blog

May 14, 2013

SELESEMA (PUNCA, SIMPTOM DAN PETUA)




Bila kita selesema..pastinya rasa sangat sangat tak selesa kan. Apetah lagi jika anak anak kecil yang selesema.

Untuk pengetahuan semua, selesema merebak apabila seseorang yang menghidap selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia boleh disebarkan melalui sentuhan tangan. Oleh itu sebaik baiknya,kita hendaklah sentiasa mencui tangan selepas menghembus hidung jika anda sedang selesema. Dan bayi serta kanak kanak cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap kerana mereka dilahirkan dengan sistem iminiti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus sahaja .

Pelbagai simptom selesema ni antaranya :

a) hidung tersumbat/lelehan cecair hidung
b) gatal/sakit tekak
c) batuk
d) sakit sakit badan
e) demam 

Tips membantu membuatkan diri lebih selesa apabila selesema..

a) sentiasa BERSIHKAN TANGAN anda
b) BERUS/BERSIHKAN barangan anda
c) Guna KERTAS TISU apabila bersin
d) Jangan KONGSI
e) minum BANYAK AIR
f) dapatkan REHAT yang MENCUKUPI
g) legakan TEKAK anda


Petua hilangkan selesema secara tradisional

1. untuk hilangkan selesema bagi kanak kanak, caranya :- ambil beberapa helai daun kaduk dan ramaskan daun tersebut dengan sedikit kapur sirih dan air. Kemudian lumurkan bahan tersebut diatas dada dan perut anak. Insya Allah lendir kahak dan selesema akan keluar melalui najis anak..

2. petua untuk bayi pula caranya - ambil kunyit hidup dan bersihkannya. kemudian asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu atau belakang lesung batu. kemudian sapukan hasil asahan kunyit itu pada batang hidung bayi yang selesema itu

3. untuk orang dewasa pula.. ambil satu camca besar teh dan masukkan ke dalam segelas air panas. Ditapis dan ambil airnya lalu diperah limau nipis kedalamnya.Minum dan insya Allah selesema akan berkurangan..

ataupun 

ambil seulas bawang merah, buang kulit dan makan. (cara yang diamalkan oleh orang2 zaman Nabi Muhammad SAW dahulu)


so jangan lupa menitikberatkan hal penjagaan kebersihan terutama tangan untuk mengelakkan virus selesema mudah dijangkit..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...